SPONSOR

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
KALAU BUKAN DI SINI, DI MANA LAGI, KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?

GANJARAN KHAS WARGA PENDIDIK

Posted by : Admin
27 September 2009



Wajarkah Ganjaran Khas Pendidik ini?...

WAJARRRR dan AMAT PATUT diberikan kepada warga pendidik yang benar-benar komited dalam menjalankan amanah KPM.Bersesuaian dengan slogan warga pendidik, "Guru Pembina Negara Bangsa" Pemberian ganjaran ini tertakluk kepada status sesebuah sekolah iaitu sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Bentuk penilaian bergantung pada kemudahan infrastruktur sesebuah sekolah, bukan sistem penilaian sama rata semua sekolah di Malaysia. Ganjaran Khas Pendidik ini telah dibincangkan dan akan diumumkan menjelang oktober ini. Berikut adalah sumber dari akhbar Utusan:

Disunting dari ARKIB : 19/09/2009
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my


PORT DICKSON 18 Sept. - Kerajaan akan mengumumkan satu bentuk ganjaran khas kepada seluruh warga pendidik berdasarkan prestasi mereka menjelang Oktober ini.


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, ia selari dengan hasrat kerajaan mempertingkatkan akses pengajaran dan pendidikan berkualiti di negara ini.

"Ia masih pada peringkat penelitian yang kini sudah hampir 90 peratus selesai dibincangkan di bawah perincian Bidang Keberhasilan Utama Negara ketiga (NKRA-3)".

"Saya yakin ia akan diumumkan sendiri oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan depan," kata beliau.

Mohd. Puad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program perjumpaan khas bersama warga pendidik daerah Port Dickson di sini malam tadi.Beliau memberitahu, ganjaran itu akan diberikan kepada sekolah, pengetua dan guru di seluruh negara yang mempamerkan prestasi cemerlang.

"Mana-mana sekolah, guru besar, pengetua dan guru yang menunjukkan prestasi cemerlang, layak untuk diberikan ganjaran berkenaan".
"Inisiatif ini adalah untuk memberikan ganjaran kepada warga pendidik yang komited dalam membantu kerajaan bagi membentuk sekolah berprestasi tinggi menjelang 2012," katanya.

Menurutnya, dengan ganjaran itu, warga pendidik tidak lagi perlu memikirkan atau menunggu pemberian bonus serta kenaikan pangkat.Dalam perkembangan lain, Mohd. Puad memberitahu, kementerian itu akan mewujudkan sebuah unit khas dalam memperincikan soal pembangunan pendididkan luar bandar.

"Menerusi unit ini, kita yakin ia mampu merapatkan jurang pendidikan antara sekolah di bandar dan luar bandar".

"Unit ini juga akan berfungsi mempertingkatkan bukan sahaja keadaan fizikal sekolah di luar bandar dari segi infrastruktur dan kemudahan malah termasuk soal pemantapan pengisian pendidikan di kawasan terlibat," jelas Mohd. Puad.
Berita Utusan.

1 comments:

911 berkata...

cam bagus cerita ni tuan... hihihi

Catat Ulasan

Sila beri komen atau pendapat anda

Related Posts with Thumbnails

1318