SPONSOR

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
KALAU BUKAN DI SINI, DI MANA LAGI, KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?

SEMANGAT GUNUNG EVEREST DI KENINGAU

Pos By : Miswan Y
Date : 28 Ogos 2009


CITA-CITA KE MERCU JAYA - BERPANTANG UNDUR SEBELUM MENYERAH - USAHA TANGGA KEJAYAAN
Kata pepatah melayu ada mengatakan "Carilah Ilmu sehingga ke Negeri China"



Berakit-rakit kehulu, berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Inilah situasi kami demi untuk masa depan yang lebih cerah. Perjuangan untuk meneruskan pelajaran hingga ke mercu jaya harus diteruskan. Kami terpaksa menyewa hotel akibat bilik asrama IPGM Keningau dah penuh.Dalam sebilik ni kami seramai 5 orang. Kongsi2 bayar sewa bilik.Dikesempatan ini kami berpeluang berbincang tentang apa yang dipelajari. Konon-konon Study Group.



Aina...walaupun keadaan sempit dalam bilik belajar tetap belajar. Ambik peluang kerana sepanjang 4 hari kami di sini, kami menghadapi peperiksaan tupe VI. Kami yang saya maksudkan itu ialah Tuan Lamri dan Tuan Johnny (SMP BM), Tuan Abd Lait(SMP Pra-Sekolah) , Tuan Abd Rahman dan saya sendiri (SMP Sains).Semoga kami berlima dapat menamatkan pengajian ini. Dan Kami juga bercita-cita non stop belajar. Selepas ini, sambung pula ke ijazah kedua (Master). Amin

Selengkapnya......

BOLA SEPAK : PEMUDA N3 PITAS vs PEMUDA N5 TANDEK (PBS)

Post By : Maxx
Date : 19 Ogos 2009



Gerakan Pemuda PBS N3 Pitas telah diundang untuk mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak oleh Gerakan Pemuda PBS N5 Tandek yang diterajui oleh En Charistoper Mandut. Pitas menyambut baik undangan ini disamping mengeratkan lagi silaturahim antara kedua-dua daerah demi perpaduan yang lebih jitu. Diakhir perlawanan persahabatan ini, Pitas telah memenanginya dengan jaringan 2 berbalas 0.



Selepas tamatnya perlawanan persahabatan ini, Gerakan Pemuda PBS N5 telah mempelawa rakan2 Pemuda Pitas untuk menjamu selera dengan hidangan Nasi Ayam. Dalam majlis jamuan ini, turut hadir ialah YB Anita Beranting dengan rombongan keras YB termasuk Pn Nong, yang duduk di sebelah YB (gambar) salah seorang rakan KUSnet. Kelihatan juga En. Christoper Mandut (Ketua Pemuda N5) dan En Justin Akun (Ketua Pemuda N3). YB Anita mengatakan dalam ucapan beliau bahawa kerjasama seperti ini haruslah diteruskan demi perpaduan dan kekukuhan parti khususnya dan Barisan Nasional amnya.



Perlawanan Bola sepak ini hanya satu simbolik sahaja. Sebenarnya objektif perlawanan ini adalah suatu kerjasama yang padu harus ditunjukkan oleh setiap ahli dalam suatu organisasi. Seperti bermain bola, jika hanya seorang penyerang tidak akan membuahkan hasil yang baik. Untuk melihat hasil yang berkualiti harus ada koperatif dan kolaboratif dikalangan ahli.


Gambar ini juga adalah diantara AJK tertinggi Pemuda N3.Berbaju merah gambar kanan itu ialah En Steven @ Awit selaku Naib Ketua Pemuda N5 yang bersebelahan dengan Bendahari Pemuda En Liu.

Salam Perpaduan Dan Salam 1 Malaysia

Selengkapnya......

Nazrey ( Raihan) di Gerai KUSnet

Post By : Miswan Y


Ustaz Nazrey, mantan penyanyi utama Kumpulan Raihan,berada di gerai KUSnet.Ustaz Nazrey ditemuramah oleh DJ rumputt dan DJ PP tentang kedudukan dan karya beliau ketika ini.




Saya berbual mesra dengan Ustaz Nazrey sambil saya mendaftar masuk sebagai ahli dalam kelab beliau. Dalam gambar tu, saya sedang key in data peribadi


Gambar ni pula kelihatan kelihatan Tuan Sanguru, penasihat KUSnet merangkap Pengerusi Gabungan NGO Sabah (baju hitam, Wady n Wadie (baju belang) dan ustaz WAn (berkopiah) yang turut hadir dalam majlis ringkas tetapi cukup bermakna ini.

Syabas dan tahniah Utara FM Dan KUSnet

Selengkapnya......

Bengkel Data Operasi Sekolah (DOSAR)

Pada 03 Ogos 2009- Isnin

Guru Data semua sekolah rendah dan menengah telah berkumpul untuk taklimat data operasi sekolah (DOSAR) bertempat di Bilik Gerakan PPD Pitas.



Bengkel ini di ketuai oleh Tuan Henson M, Penyelia baru di PPD Pitas.



Gambar ini adalah antara Guru Data Sekolah2 lain.

Selengkapnya......
Related Posts with Thumbnails

1318