SPONSOR

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
KALAU BUKAN DI SINI, DI MANA LAGI, KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?

SPELLING BEE COMPETITION


24 Jun 2009 bersamaan hari Rabu

Saya dan Cg .Noor Ashikin telah mengiringi seorang murid SKESDA untuk menyertai Spelling Bee Competition peringkat daerah Pitas yang diadakan di SK Pinggan-Pinggan Pitas.


Terdapat 14 buah sekolah termasuk SKESDA menyertai pertandingan ini. Peserta SKESDA dapat memasuki peringkat akhir dan hanya mendapat tempat yang ke 4 sahaja. Syukurlah, ada peningkatan ekoran daripada penyertaan SKESDA dalam Choral
Speaking....hehehe...



TAHNIAH kepada adik Mazalan dan Tahniah kepada Cg. Noor Ashikin sebagai pembimbing

Selengkapnya......

CHORAL SPEAKING PERINGKAT DAERAH PITAS

Pada 19 Jun 2009, Jumaat

SKESDA (SK Salimpodon Darat) telah menyertai program Choral Speaking peringkat Daerah Pitas yang diadakan di SK Rosob. Guru Besar sendiri mengiringi murid kami seramai 30 orang yang terdiri daripada murid tahun4, 5 dan 6. Guru yang terlibat ialah cikgu Noor Ashikin Omar selaku jurulatih, Cikgu Asmat Demsi, Cikgu Jaliun Maun dan Cikgu Miswan Yahya.

9 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini yg terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

7 buah sekolah rendah yang bertanding iaitu SKESDA, SK. Kasagaan, SK Pinggan2, SK Rosob, SK Pekan Pitas ll, SK Kusilad dan SK Bongkol.Keputusan pertandingan :
Tempat ketiga : SK Pinggan-Pinggan
Naib Johan : SK Pekan Pitas ll
Johan : SK Rosob

SKESDA hanya berada di tempat yang ke 6 sahaja.......hehehe...kurang latihan dan penghayatan murid kot faktor mendapat no 6. Kalau cukup latihan....pasti menyaingi tempat pertama.....nasib baik bukan tempat terakhir.....


2 buah sekolah menengah yang turut bertanding iaitu SMK Pitas dan SMK Telaga sahaja. kategori sekolah menengah pula, tempat kedua ialah SMK Pitas dan Johan ialah SMK Telaga...... Baik buat SMK Salimpodon Darat, dapat ga tempat ke 3

Selengkapnya......

MINGGU PEMBESTARIAN SEKOLAH



Pada 15 Jun 2009 - 19 Jun 2009

Program yang dijalankan ada 3 iaitu:-

Pertama, memperkenalkan singkatan bagi Sek. Keb. Salimpodon Darat dengan menggunakan perkataan SKESDA. Tidak payah lagi menyebut nama sekolah yang panjang 3 batu tu.





Sebahagian GGuru yang sibuk membuat gmail

Kedua, Semua staff SKESDA adalah diwajibkan memiliki email berplatformkan gmail.com ( Google Mail). Tujuannya adalah membudayakan guru dengan ICT. Sebarang maklumat yang di perlukan dihantar melalui email. Contohnya penghantaran keputusan peperiksaan, senarai nama murid dan sebagainya



Ketiga, Kebersihan Sekolah dalam konsep pembestarian sekolah. Bermula minggu ni hingga bila-bila, semua staff dan murid SKESDA wajib membawa bakul sampah masing-masing dari rumah. Sebarang sampah yang dihasilkan seperti pembungkus makanan, plastik keropok dan apa jua berbentuk sampah akan dibuang ke dalam bakul sampah masing masing kemudian di bawa pulang dan dibuang tempat pembuangan sampah di rumah. Semua warga SKESDA wajib mematuhi sistem ini.

Selengkapnya......

Menghadiri Majlis Keamatan Open House Felix Agus (AF3)



Pada tarikh 13 Jun 2009

Bersamaan dengan hari sabtu, Saya dan beberapa rakan POnet telah sama2 memeriahkan majlis rumah terbuka Felix Agus (AF3) sempena Pesta Keamatan.Kami berkonvoi pergi ke Kota Belud. Walaupun hanya tiga buah kereta sahaja tapi perjalanan kami begitu seronok.

Rakan2 POnet Fm Komuniti Utara yang turut serta ialah Dj rumputt, Dj siputt, Dj kupang, sumotire, baby, Kyrole, kak Ara dan tempurung. Sumotire adalah ketua konvoi ini

Saya seronok berbual dengan saudara Felix. Beliau rupanya begitu mesra berhadapan dengan peminat. Memang macam tu lah seorang artis kan.......... Sempat lagi saya memperkenalkan dan menerangkan tentang POnet (Pitas Online net) Komuniti Utara

Gambar kat tengah yang manis tu adalah Cik Ridah, salah saorang penyanyi tempatan Sabah, bertaburan sudah album nya...nak tau mcmana power suaranya.....belilan album original nya.......... Cik Ridah ni pun ahli POnet juga, beliau menggunakan nickname lain la.....

Selengkapnya......
Related Posts with Thumbnails

1318