SPONSOR

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
KALAU BUKAN DI SINI, DI MANA LAGI, KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?

RASIONAL PELAKSANAAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


         
           PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu 2011 diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

          Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan. Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk akhir dan bukannya proses pembelajaran. Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem pentaksirannya telah banyak berubah dan ada yang langsung tidak mempunyai peperiksaan awam sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah. Justeru mulai 2016, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat berdasarkan nisbah 60:40 iaitu 60 peratus Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) dan 40 peratus PBS. Manakala peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula bermula pada 2014.

         PBP di peringkat UPSR sama seperti yang diamalkan sekarang akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Dalam PBS pula terdapat empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS) bersifat akademik manakala Pentaksiran Psikometrik dan PASJK pula bersifat bukan akademik

Pentaksiran Pusat  (PP)
Bagi Pentaksiran Pusat, ia dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan garis panduan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran ini melibatkan kerja khusus dan projek lisan. 

Pentaksiran Sekolah (PS)
Pentaksiran Sekolah pula melibatkan mata pelajaran teras dan elektif. Ia dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak sekolah.

Pentaksiran Psikometrik
Dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) 
Pentaksiran yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki

Selengkapnya......

PENATARAN KSSR PENDIDIKAN MORAL DI KENINGAU




Saya dijemput sebagai penceramah KSSR Pend.Moral Tahun 2 oleh PPD Keningau bertempat di Dewan SRJK (c) Yuk Kong, Keningau. Guru seramai 72 orang daripada 72 buah sekolah di Daerah Keningau

                                


Penceramah Jemputan dalam kursus Penataran KSSR Pend. Moral di Keningau
1. Miswan Yahya -  Pitas
2. Anita Anthony Basil - Tambunan
3. Norhaini Chimlin - Nabawan 

Selengkapnya......

KSSR PENDIDIKAN MORAL


21 - 23 NOV 2011



Bengkel Pembinaan Instrumen PBS (Evidens) bagi matapelajaran Pendidikan Moral Tahun 1 Dan Tahun 2 yang telah diadakan pada 21 hingga 23 Nov 2011 di Bilik Mesyuarat SPA, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Evidens yang telah dihasilkan akan disebarkan ke semua PPD di Sabah. Kepada guru matapelajaran Pend. Moral Tahun 1 dan Tahun 2, diharap dapatkan bahan edaran ini di PPD masing-masing.

Makluman kepada guru matapelajaran Pend. Moral Tahun 1 dan Tahun 2, bahawa semua evidens ini boleh diguna pakai untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tetapi kena lihat kesesuaiannya dengan sekolah masing-masing. Evidens ini boleh guru-guru Pend.Moral ikuti terus, ubahsuai dan tambah baik.

Selengkapnya......

MESYUARAT VERIFIKASI DATA MEI 2011 PPD PITAS



23 Mei 2011, Isnin - Pejabat Pelajaran Daerah Pitas, Unit ICT yang diamanahkan kepada En. Roslan Ag.Salleh (35)  telah mengadakan Mesyuarat Verifikasi Mei untuk menyemak data semua sekolah di daerah Pitas. Mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua Unit ICT Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, En.Wan Zainuddin Hj. Awang, bersama dengan Pegawai Maklumat Zon Utara, En. Mohd. Masni Nanun. 

Dalam mesyuarat ini, Tn.Wan Zainuddin Hj Awang telah banyak berbincang dan menegur tentang kesahihan data yang dibekalkan oleh guru maklumat semua sekolah dari daerah Pitas. Perbincangan ini banyak membantu para guru maklumat daerah ini. Harapan JPN Sabah agar data yang dibekalkan ini adalah yang sahih dan benar.







Selengkapnya......

Pendedahan Teknik Belajar


PENDEDAHAN kepada teknik belajar yang betul dan menjawab soalan dengan tepat penting sebagai persiapan awal sebelum menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).  [ link ]

Selengkapnya......
Related Posts with Thumbnails

1318