Posted : MissOne
Keputusan UPSR telah dikeluarkan pada minggu lalu (Khamis). Sekolah saya yang kini diberi nama singkatan SKESDA hanya mampu mencapai keputusan tertingginya 4A 1B oleh murid kami, adik Madzalan Masingka. B yang diperolehinya adalah subjek sains. Subjek Sains adalah subjek yang saya ajar. Saya rasa keciwa dengan keputusan ini kerana target saya, sains boleh dapat 2A. Tapi malangnya tiada A yang diperolehi. Adakah saya yang kurang memberi perhatian? Hampir semua keputusan UPSR khususnya di Pitas merosot. Apakah faktornya? Keputusan telah keluar dan keputusan ini tidak boleh diulang....saya akan cuba pada tahun depan....mesti perolehi seberapa banyak A dalam subjek Sains ni.
Negeri Terengganu terus cemerlang apabila muncul negeri terbaik yang mencatat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) buat tahun kesembilan berturut-turut [ link ]
Kekurangan dalam diri mereka tidak menjadi penghalang untuk mereka meraih keputusan cemerlang dalam UPSR. Berjaya atau gagal tertakluk pada usaha kita sendiri. Dorongan dan motivasi juga perlu pada seorang dalam apa jua bidang yang diceburi.
0 comments:
Catat Ulasan
Sila beri komen atau pendapat anda