SPONSOR

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
KALAU BUKAN DI SINI, DI MANA LAGI, KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?

BOLA SEPAK : PEMUDA N3 PITAS vs PEMUDA N5 TANDEK (PBS)

Post By : Maxx
Date : 19 Ogos 2009



Gerakan Pemuda PBS N3 Pitas telah diundang untuk mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak oleh Gerakan Pemuda PBS N5 Tandek yang diterajui oleh En Charistoper Mandut. Pitas menyambut baik undangan ini disamping mengeratkan lagi silaturahim antara kedua-dua daerah demi perpaduan yang lebih jitu. Diakhir perlawanan persahabatan ini, Pitas telah memenanginya dengan jaringan 2 berbalas 0.



Selepas tamatnya perlawanan persahabatan ini, Gerakan Pemuda PBS N5 telah mempelawa rakan2 Pemuda Pitas untuk menjamu selera dengan hidangan Nasi Ayam. Dalam majlis jamuan ini, turut hadir ialah YB Anita Beranting dengan rombongan keras YB termasuk Pn Nong, yang duduk di sebelah YB (gambar) salah seorang rakan KUSnet. Kelihatan juga En. Christoper Mandut (Ketua Pemuda N5) dan En Justin Akun (Ketua Pemuda N3). YB Anita mengatakan dalam ucapan beliau bahawa kerjasama seperti ini haruslah diteruskan demi perpaduan dan kekukuhan parti khususnya dan Barisan Nasional amnya.



Perlawanan Bola sepak ini hanya satu simbolik sahaja. Sebenarnya objektif perlawanan ini adalah suatu kerjasama yang padu harus ditunjukkan oleh setiap ahli dalam suatu organisasi. Seperti bermain bola, jika hanya seorang penyerang tidak akan membuahkan hasil yang baik. Untuk melihat hasil yang berkualiti harus ada koperatif dan kolaboratif dikalangan ahli.


Gambar ini juga adalah diantara AJK tertinggi Pemuda N3.Berbaju merah gambar kanan itu ialah En Steven @ Awit selaku Naib Ketua Pemuda N5 yang bersebelahan dengan Bendahari Pemuda En Liu.

Salam Perpaduan Dan Salam 1 Malaysia

0 comments:

Catat Ulasan

Sila beri komen atau pendapat anda

Related Posts with Thumbnails

1318