Sekali lihat macam peminta sedekah, dua kali lihat macam penempatan mangsa banjir, tiga kali lihat macam penginapan peserta sukan. apa pula yang rakan2 blogger boleh tafsirkan suasana ini?
Saya akan sambung cerita bersiri ni......
" Guru Pembina Negara Bangsa "
Sekali lihat macam peminta sedekah, dua kali lihat macam penempatan mangsa banjir, tiga kali lihat macam penginapan peserta sukan. apa pula yang rakan2 blogger boleh tafsirkan suasana ini?
Salam 1 Malaysia dan salam Nuffy kepada rakan blogger. Buat masa ini saya menghadapi masalah dalam menjelajah alam maya ini. Trafik pun da semakin menurun.......aduhhhh.
Apakah masalahnya? Begini ceritanya.........
Selama ini saya dan rakan sekerja menjelajah dunia maya ini menggunakan " School Net" punya internet. Kami disekolah telah berkongsi2 membeli connection wireless, so senang online dari rumah guru ni. Entah macam mana, sejak dunia ini bertukar tahun ( 2009 to 2010 ) pelbagai kemudahan yang ada ini telah disekat. Kekadang tu dapat ga buka tetapi kena bersabar kerana terpaksa refresh sehingga 15 to 20 kali........seksakan. Entri yang saya post ni pun lama baru ok.
Yang lebih teruk tu, portal sekolah kami pun payah nak buka. Kalau dapatpun lamannya berubah. Apatah lagi jika pos entri. Banyak functionnya yang yang keluar 'BLOCKED WEBSENSE '. Ruangan ShoutMix tidak kelihatan. Yang terpampang keluar ialah logo KPM. Begini pula jika guna school net punya line.
Broadband? aduh..ni lagi yang teruk...line telepon kat sini pun payah mau dapat. Bar line tel hanya 2 bar, itupun paling bagus dah tapi 'jarang-jarang' dapat. Hanya guna sms je boleh. Jika bercakap ga, alamatnya bikin sakit jiwa. Apa taknya, suara terputus-putus. Tapi kami disini belum ada jugalah yang benar2 sakit jiwa....eeeee
Apa-apa pun kami berharap masalah ini tidaklah berpanjangan..... MUDAH_MUDAHAN la. Rasa boring pula tak menginternet ni.Macam ada kekurangan dalam hidup ni.
Kepada rakan nuff yang sering membantu saya, saya ucapkan jutaan terima kasih. Klik rakan semua saya akan jejak jika dapat online dan ruangan shout Mix saya tiada logo KPM....heheheee
Posted : Mis1
Posted : MissOne
Keputusan UPSR telah dikeluarkan pada minggu lalu (Khamis). Sekolah saya yang kini diberi nama singkatan SKESDA hanya mampu mencapai keputusan tertingginya 4A 1B oleh murid kami, adik Madzalan Masingka. B yang diperolehinya adalah subjek sains. Subjek Sains adalah subjek yang saya ajar. Saya rasa keciwa dengan keputusan ini kerana target saya, sains boleh dapat 2A. Tapi malangnya tiada A yang diperolehi. Adakah saya yang kurang memberi perhatian? Hampir semua keputusan UPSR khususnya di Pitas merosot. Apakah faktornya? Keputusan telah keluar dan keputusan ini tidak boleh diulang....saya akan cuba pada tahun depan....mesti perolehi seberapa banyak A dalam subjek Sains ni.
Posted By : Mis1
Salam 1Malaysia....
Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu projek pembinaan infrastruktur pendidikan termasuk sekolah pada masa depan dilaksanakan dengan perbelanjaan sederhana supaya lebih banyak peruntukan dapat disalurkan untuk meningkatkan kualiti guru
‘‘Bagi menjayakan segala dasar dan pelan pendidikan yang dirancang, seluruh warga kementerian perlu mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi dan memperkukuhkan semangat kerja berpasukan,’’ ujarnya. [ link ]
Posted By : Missone
[28 Oktober 2009]
Posted By : Missone
[25 Oktober 2009]
Posted By : Admin
28 September 2009
Ekoran daripada pemansuhan PPSMI pada tahun 2012, golongan guru pula menuntut BISP subjek Bahasa Malaysia. Cadangan itu dibuat dengan alasan bahawa dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI), peranan penting guru mata pelajaran bahasa Malaysia tidak boleh dipinggirkan apatah lagi mereka mengajar bahasa yang merupakan bahasa rasmi negara ini. Pada masa ini pembayaran BISP hanya dibayar bagi subjek matematik dan sains sehingga hujung tahun 2011 yang melibatkan ratusan juta ringgit.