SPONSOR

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
KALAU BUKAN DI SINI, DI MANA LAGI, KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?

Guru Bahasa Inggeris Dan BISP subjek BM

Posted By : Admin
28 September 2009

Ekoran daripada pemansuhan PPSMI pada tahun 2012, golongan guru pula menuntut BISP subjek Bahasa Malaysia. Cadangan itu dibuat dengan alasan bahawa dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI), peranan penting guru mata pelajaran bahasa Malaysia tidak boleh dipinggirkan apatah lagi mereka mengajar bahasa yang merupakan bahasa rasmi negara ini. Pada masa ini pembayaran BISP hanya dibayar bagi subjek matematik dan sains sehingga hujung tahun 2011 yang melibatkan ratusan juta ringgit.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ketika ditanya berhubung perkara tersebut berjanji untuk menimbang dan mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut. "Kita juga perlu memikirkan kewajarannya dan nanti ada pula guru-guru mata pelajaran lain yang turut menuntut perkara yang sama" katanya dalam Perhimpunan Warga Pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Beliau menambah, kementerian mempunyai tempoh dua tahun lagi yang membolehkan pelbagai cadangan dikaji untuk manfaat warga pendidikan semua.

Turut dibincangkan juga dalam perhimpunan itu ialah berkaitan dengan Guru Bahasa Inggeris.Seorang Guru Besar dari Selangor mencadangkan kepada pihak Kementerian agar mengambil guru Bahasa Inggeris dari kawasan luar bandar yang berkelayakan. Mengikut beliau, hanya guru luar bandar sahaja yang boleh membantu pelajar luar bandar kerana guru ini memahami dan menerima keadaan persekitaran itu. Ketua Pengarah mengatakan semua cadangan dan pandangan yang dikemukakan oleh golongan pendidik akan diberi pertimbangan serius.

Kita sebagai warga pendidik hanya akur dengan keputusan pihak atasan. Kita hanya pelaksana dasar yang telah diputuskan. Secara peribadi saya amat menyokong pihak kementerian mengambil guru-guru luar bandar/pedalaman yang mempunyai kelayakan bukan sahaja untuk subjek BI tapi merangkumi semua subjek.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila beri komen atau pendapat anda

Related Posts with Thumbnails

1318