SPONSOR

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
KALAU BUKAN DI SINI, DI MANA LAGI, KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?

PELACURAN PELAJAR IPT

Isu pelacuran dikalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi ( IPT )kini semakin merebak. Pelajar IPT ini terpaksa melacurkan diri untuk menampung kos pengajian mereka. [ link ] Adakah ini caranya yang terbaik untuk menghadapi masalah kos pengajian? Mengapakah semakin tinggi ilmu dituntut semakin rendah nilai moral dan maruah diri?

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) haruslah menyiasat dan menyelidik dakwaan ini. Jika benar segala dakwaan ini, apakah tindakan yang hendak dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan.

Beri pandangan rakan blogger

Selengkapnya......

UBI KAYU [ CASSAVA ] DI SABAH DAN SARAWAK

Free Auto Backlink Generator




Kerajaan bakal memperkenalkan satu produk pertanian yang berpotensi dimajukan dengan agresif di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak dengan jaminan pulangan keuntungan enam bulan selepas ditanam.Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata," produk tersebut iaitu ubi kayu atau nama saintifik cassava boleh diproses menjadi gam dan pelbagai produk perubatan yang boleh dijual dengan harga kompetitif di pasaran terbuka. Berbanding tanaman getah dan kelapa sawit yang memakan tempoh antara lima hingga tujuh tahun untuk mendapatkan pulangan, ubi kayu hanya memakan masa enam bulan sahaja " [ link ]

Selengkapnya......

Kereta Hibrid Proton Pertama Kegunaan Kerajaan

Free Auto Backlink Generator

Proton kini melangkah setapak lagi dengan pengeluaran kereta hibrid proton. Kini 50 hingga 200 buah kereta hibrid ini sedang disiapkan. Peringkat awalnya, kereta ini hanya dikeluarkan khas untuk kegunaan kerajaan sahaja kerana penggunaan kereta ini masih dalam kajian. Jika tiada sebarang komen dalam masa setengah tahun, barulah akan dipasarkan secara besar-besaran pada hujung tahun depan [ Link ]

Selengkapnya......

Kurikulum Mata Sejarah perlu dikaji semula

Setiap rakyat Malaysia wajib mengetahui latar belakang negara kita. Oleh itu maka wujudnya matapelajaran Sejarah di sekolah menengah dan sedikit link sejarah di sekolah rendah. Tapi kini Mata Pelajaran Sejarah wajib lulus dalam SPM 2013. Sesuaikah wajib lulus? Apa pandangan rakan blog semua ( link )

Selengkapnya......

TIPS KEJAYAAN 1

 indo




IF'S YOUR ATTITUDE  NOT YOUR APTITUDE, THAT DETERMINE YOUR ALTITUDE

" Sikap ( attitude ) anda, bukan bakat atau kebolehan ( aptitude ) anda yang menentukan ketinggian atau setinggi mana anda boleh berjaya"


Sikap terbahagi kepada dua kategori utama iaitu sikap negatif dan sikap positif.

Bagi mereka yang bersikap negatif, apa jua bakat dan kebolehan yang terdapat dalam diri sendiri tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana jika diajak untuk melakukan sesuatu kerja besar, hanya cenderung untuk melihat masalah-masalah yang bakal dihadapi. Justeru itu, tenaga tidak dapat dicurahkan sepenuhnya.

Bagi yang bersikap positif pula, setiap kekurangan yang ada, dapat ditampung dengan bersikap "tidak mengaku kalah" yang ada pada mereka. Mereka juga berikhtiar dan mencari jalan begi memastikan cita-cita itu tercapai.

Jadi, faktor yang menentukan KEJAYAAN kita sebenarnya bukan bakat semulajadi yang ada pada kita teta[i SIKAP KITA.

Selengkapnya......

SELAMAT HARI BAPA

        Salam 1Malaysia kepada semua rakan-rakan blogger. DiUcapkan Selamat Menyambut Hari Bapa Sedunia. Buat yang luar biasa kepada keluarga pimpinan kita. Beri perhatian kepada anak-anak yang amat memerlukan bimbingan dan ilmu pengetahuan yang yang ada.Jangan Lupa Pada Isteri Yang Tersayang, Tumpahkan Kasih Sayang semaksimumnya.........

Selengkapnya......

ADAKAH INI PENEMPATAN MANGSA BANJIR?

Sekali lihat macam peminta sedekah, dua kali lihat macam penempatan mangsa banjir, tiga kali lihat macam penginapan peserta sukan. apa pula yang rakan2 blogger boleh tafsirkan suasana ini?

Di kiri tu Mr Lam, tengah Mr Jo dan kanan Mr Mis

Apa pandangan anda?

Saya akan sambung cerita bersiri ni......

Selengkapnya......

MASALAH POST ENTRI... hua...hua...20x

Salam 1 Malaysia dan salam Nuffy kepada rakan blogger. Buat masa ini saya menghadapi masalah dalam menjelajah alam maya ini. Trafik pun da semakin menurun.......aduhhhh.
Apakah masalahnya? Begini ceritanya.........

Selama ini saya dan rakan sekerja menjelajah dunia maya ini menggunakan " School Net" punya internet. Kami disekolah telah berkongsi2 membeli connection wireless, so senang online dari rumah guru ni. Entah macam mana, sejak dunia ini bertukar tahun ( 2009 to 2010 ) pelbagai kemudahan yang ada ini telah disekat. Kekadang tu dapat ga buka tetapi kena bersabar kerana terpaksa refresh sehingga 15 to 20 kali........seksakan. Entri yang saya post ni pun lama baru ok.

Yang lebih teruk tu, portal sekolah kami pun payah nak buka. Kalau dapatpun lamannya berubah. Apatah lagi jika pos entri. Banyak functionnya yang yang keluar 'BLOCKED WEBSENSE '. Ruangan ShoutMix tidak kelihatan. Yang terpampang keluar ialah logo KPM. Begini pula jika guna school net punya line.

Broadband? aduh..ni lagi yang teruk...line telepon kat sini pun payah mau dapat. Bar line tel hanya 2 bar, itupun paling bagus dah tapi 'jarang-jarang' dapat. Hanya guna sms je boleh. Jika bercakap ga, alamatnya bikin sakit jiwa. Apa taknya, suara terputus-putus. Tapi kami disini belum ada jugalah yang benar2 sakit jiwa....eeeee

Apa-apa pun kami berharap masalah ini tidaklah berpanjangan..... MUDAH_MUDAHAN la. Rasa boring pula tak menginternet ni.Macam ada kekurangan dalam hidup ni.

Kepada rakan nuff yang sering membantu saya, saya ucapkan jutaan terima kasih. Klik rakan semua saya akan jejak jika dapat online dan ruangan shout Mix saya tiada logo KPM....heheheee

Selengkapnya......
Related Posts with Thumbnails

1318