KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
KALAU BUKAN DI SINI, DI MANA LAGI, KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?
RASIONAL PELAKSANAAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
PENATARAN KSSR PENDIDIKAN MORAL DI KENINGAU
Saya dijemput sebagai penceramah KSSR Pend.Moral Tahun 2 oleh PPD Keningau bertempat di Dewan SRJK (c) Yuk Kong, Keningau. Guru seramai 72 orang daripada 72 buah sekolah di Daerah Keningau
Penceramah Jemputan dalam kursus Penataran KSSR Pend. Moral di Keningau
1. Miswan Yahya - Pitas
2. Anita Anthony Basil - Tambunan
3. Norhaini Chimlin - Nabawan
KSSR PENDIDIKAN MORAL
Bengkel Pembinaan Instrumen PBS (Evidens) bagi matapelajaran Pendidikan Moral Tahun 1 Dan Tahun 2 yang telah diadakan pada 21 hingga 23 Nov 2011 di Bilik Mesyuarat SPA, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Evidens yang telah dihasilkan akan disebarkan ke semua PPD di Sabah. Kepada guru matapelajaran Pend. Moral Tahun 1 dan Tahun 2, diharap dapatkan bahan edaran ini di PPD masing-masing.
Makluman kepada guru matapelajaran Pend. Moral Tahun 1 dan Tahun 2, bahawa semua evidens ini boleh diguna pakai untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tetapi kena lihat kesesuaiannya dengan sekolah masing-masing. Evidens ini boleh guru-guru Pend.Moral ikuti terus, ubahsuai dan tambah baik.
MESYUARAT VERIFIKASI DATA MEI 2011 PPD PITAS
Pendedahan Teknik Belajar
PELACURAN PELAJAR IPT
Isu pelacuran dikalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi ( IPT )kini semakin merebak. Pelajar IPT ini terpaksa melacurkan diri untuk menampung kos pengajian mereka. [ link ] Adakah ini caranya yang terbaik untuk menghadapi masalah kos pengajian? Mengapakah semakin tinggi ilmu dituntut semakin rendah nilai moral dan maruah diri?
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) haruslah menyiasat dan menyelidik dakwaan ini. Jika benar segala dakwaan ini, apakah tindakan yang hendak dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan.
Beri pandangan rakan blogger
UBI KAYU [ CASSAVA ] DI SABAH DAN SARAWAK
Kerajaan bakal memperkenalkan satu produk pertanian yang berpotensi dimajukan dengan agresif di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak dengan jaminan pulangan keuntungan enam bulan selepas ditanam.Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata," produk tersebut iaitu ubi kayu atau nama saintifik cassava boleh diproses menjadi gam dan pelbagai produk perubatan yang boleh dijual dengan harga kompetitif di pasaran terbuka. Berbanding tanaman getah dan kelapa sawit yang memakan tempoh antara lima hingga tujuh tahun untuk mendapatkan pulangan, ubi kayu hanya memakan masa enam bulan sahaja " [ link ] Selengkapnya......
Kereta Hibrid Proton Pertama Kegunaan Kerajaan

Proton kini melangkah setapak lagi dengan pengeluaran kereta hibrid proton. Kini 50 hingga 200 buah kereta hibrid ini sedang disiapkan. Peringkat awalnya, kereta ini hanya dikeluarkan khas untuk kegunaan kerajaan sahaja kerana penggunaan kereta ini masih dalam kajian. Jika tiada sebarang komen dalam masa setengah tahun, barulah akan dipasarkan secara besar-besaran pada hujung tahun depan [ Link ]
Kurikulum Mata Sejarah perlu dikaji semula
Setiap rakyat Malaysia wajib mengetahui latar belakang negara kita. Oleh itu maka wujudnya matapelajaran Sejarah di sekolah menengah dan sedikit link sejarah di sekolah rendah. Tapi kini Mata Pelajaran Sejarah wajib lulus dalam SPM 2013. Sesuaikah wajib lulus? Apa pandangan rakan blog semua ( link )
Selengkapnya......TIPS KEJAYAAN 1
Sikap terbahagi kepada dua kategori utama iaitu sikap negatif dan sikap positif.
Bagi mereka yang bersikap negatif, apa jua bakat dan kebolehan yang terdapat dalam diri sendiri tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana jika diajak untuk melakukan sesuatu kerja besar, hanya cenderung untuk melihat masalah-masalah yang bakal dihadapi. Justeru itu, tenaga tidak dapat dicurahkan sepenuhnya.
Bagi yang bersikap positif pula, setiap kekurangan yang ada, dapat ditampung dengan bersikap "tidak mengaku kalah" yang ada pada mereka. Mereka juga berikhtiar dan mencari jalan begi memastikan cita-cita itu tercapai.
Jadi, faktor yang menentukan KEJAYAAN kita sebenarnya bukan bakat semulajadi yang ada pada kita teta[i SIKAP KITA. Selengkapnya......



















