SPONSOR

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
KALAU BUKAN DI SINI, DI MANA LAGI, KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?

Guru Bahasa Inggeris Dan BISP subjek BM

Posted By : Admin
28 September 2009

Ekoran daripada pemansuhan PPSMI pada tahun 2012, golongan guru pula menuntut BISP subjek Bahasa Malaysia. Cadangan itu dibuat dengan alasan bahawa dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI), peranan penting guru mata pelajaran bahasa Malaysia tidak boleh dipinggirkan apatah lagi mereka mengajar bahasa yang merupakan bahasa rasmi negara ini. Pada masa ini pembayaran BISP hanya dibayar bagi subjek matematik dan sains sehingga hujung tahun 2011 yang melibatkan ratusan juta ringgit.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ketika ditanya berhubung perkara tersebut berjanji untuk menimbang dan mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut. "Kita juga perlu memikirkan kewajarannya dan nanti ada pula guru-guru mata pelajaran lain yang turut menuntut perkara yang sama" katanya dalam Perhimpunan Warga Pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Beliau menambah, kementerian mempunyai tempoh dua tahun lagi yang membolehkan pelbagai cadangan dikaji untuk manfaat warga pendidikan semua.

Turut dibincangkan juga dalam perhimpunan itu ialah berkaitan dengan Guru Bahasa Inggeris.Seorang Guru Besar dari Selangor mencadangkan kepada pihak Kementerian agar mengambil guru Bahasa Inggeris dari kawasan luar bandar yang berkelayakan. Mengikut beliau, hanya guru luar bandar sahaja yang boleh membantu pelajar luar bandar kerana guru ini memahami dan menerima keadaan persekitaran itu. Ketua Pengarah mengatakan semua cadangan dan pandangan yang dikemukakan oleh golongan pendidik akan diberi pertimbangan serius.

Kita sebagai warga pendidik hanya akur dengan keputusan pihak atasan. Kita hanya pelaksana dasar yang telah diputuskan. Secara peribadi saya amat menyokong pihak kementerian mengambil guru-guru luar bandar/pedalaman yang mempunyai kelayakan bukan sahaja untuk subjek BI tapi merangkumi semua subjek.

Selengkapnya......

GANJARAN KHAS WARGA PENDIDIK

Posted by : Admin
27 September 2009



Wajarkah Ganjaran Khas Pendidik ini?...

WAJARRRR dan AMAT PATUT diberikan kepada warga pendidik yang benar-benar komited dalam menjalankan amanah KPM.Bersesuaian dengan slogan warga pendidik, "Guru Pembina Negara Bangsa" Pemberian ganjaran ini tertakluk kepada status sesebuah sekolah iaitu sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Bentuk penilaian bergantung pada kemudahan infrastruktur sesebuah sekolah, bukan sistem penilaian sama rata semua sekolah di Malaysia. Ganjaran Khas Pendidik ini telah dibincangkan dan akan diumumkan menjelang oktober ini. Berikut adalah sumber dari akhbar Utusan:

Disunting dari ARKIB : 19/09/2009
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my


PORT DICKSON 18 Sept. - Kerajaan akan mengumumkan satu bentuk ganjaran khas kepada seluruh warga pendidik berdasarkan prestasi mereka menjelang Oktober ini.


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, ia selari dengan hasrat kerajaan mempertingkatkan akses pengajaran dan pendidikan berkualiti di negara ini.

"Ia masih pada peringkat penelitian yang kini sudah hampir 90 peratus selesai dibincangkan di bawah perincian Bidang Keberhasilan Utama Negara ketiga (NKRA-3)".

"Saya yakin ia akan diumumkan sendiri oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan depan," kata beliau.

Mohd. Puad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program perjumpaan khas bersama warga pendidik daerah Port Dickson di sini malam tadi.Beliau memberitahu, ganjaran itu akan diberikan kepada sekolah, pengetua dan guru di seluruh negara yang mempamerkan prestasi cemerlang.

"Mana-mana sekolah, guru besar, pengetua dan guru yang menunjukkan prestasi cemerlang, layak untuk diberikan ganjaran berkenaan".
"Inisiatif ini adalah untuk memberikan ganjaran kepada warga pendidik yang komited dalam membantu kerajaan bagi membentuk sekolah berprestasi tinggi menjelang 2012," katanya.

Menurutnya, dengan ganjaran itu, warga pendidik tidak lagi perlu memikirkan atau menunggu pemberian bonus serta kenaikan pangkat.Dalam perkembangan lain, Mohd. Puad memberitahu, kementerian itu akan mewujudkan sebuah unit khas dalam memperincikan soal pembangunan pendididkan luar bandar.

"Menerusi unit ini, kita yakin ia mampu merapatkan jurang pendidikan antara sekolah di bandar dan luar bandar".

"Unit ini juga akan berfungsi mempertingkatkan bukan sahaja keadaan fizikal sekolah di luar bandar dari segi infrastruktur dan kemudahan malah termasuk soal pemantapan pengisian pendidikan di kawasan terlibat," jelas Mohd. Puad.
Berita Utusan.

Selengkapnya......

MENGAWAS UPSR 2009

Posted By : Admin
Date : 12 Sept 2009

Pada tarikh 08.09.2009 adalah bermulanya peperiksaan UPSR 2009. Sebelum berlangsungnya hari peperiksaan, Saya dan Cikgu Johnny Liau Kim Lee dari SK Dandun telah melawat lokasi peperiksaan iaitu di SK Dallas, terletak di Kg. Taradas Pitas. Sehala dengan jalan SK Pantai.


Ini adalah gambar semasa melawat lokasi pada tarikh 03.09.2009 (Khamis).



Sebelum peperiksaan dijalankan, murid wajib memastikan keadaan pembungkus kertas soalan berada dalam keadaan yang baik, tiaa tanda-tanda kebocoran soalan berlaku. Pemeriksaan pembungkusan kertas soalan ini dilakukan di hadapan rakan2 si pemeriksa tadi. Bila sah tiada sebarang kesan pencerobohan berlaku, barulah pembungkus plastik yang pertama digunting dansekali lagi pembungkus krtas soalan kedua diperiksa kemudian digunting dan bolehlah dikeluarkan kertas soalannya. Dengan ini maka Tanggungjawab Ketua Pengawas dan Pengawas akan melindungi kertas soalan ini telah terlaksana dengan amat baik.

Seorang pelajar memeriksa pembungkus kertas soalan dengan teliti.


Foto kiri : Pelajar telah menggunting pembungkus kertas soalan yang pertama kemudian
Foto kanan : Pelajar telah menggunting pembungkus kertas soalan yang kedua


Ini pula adalah bilik Ketua Pengawas dan Pengawas. Susun atur bahan perlu disediakan agar mudah melakukan kerja penyediaan bahan dan pembungkusan skrip jawapan.

Hari terakhir UPSR (10.09.2009) sebelum kertas Ujian Aptitud, sempat lagi kami berehat2 kerana masa rehat yang lama. Kami berehat di TAman Sains SK Dallas yang sedang dalam pembangunan.Terdapat beberapa pokok yang besar2 dan antaranya pokok yang ada ialah pokok tongkat Ali, pokok Kalimpapa (Pogel)dan pokok2 yang tidak kami kenali.Kami berbual mesra dengan murid2 SK Dallas.Berikut adalah beberapa foto yang sempat ditangkap......



Selengkapnya......
Related Posts with Thumbnails

1318