SPONSOR
KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
KALAU BUKAN DI SINI, DI MANA LAGI, KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?
AWARDS
KHAS UNTUK SEMUA SAHABAT BLOGGER DAN NUFF
Posted : Mis1
MENGENAI UPSR 2009
Posted : MissOne
Keputusan UPSR telah dikeluarkan pada minggu lalu (Khamis). Sekolah saya yang kini diberi nama singkatan SKESDA hanya mampu mencapai keputusan tertingginya 4A 1B oleh murid kami, adik Madzalan Masingka. B yang diperolehinya adalah subjek sains. Subjek Sains adalah subjek yang saya ajar. Saya rasa keciwa dengan keputusan ini kerana target saya, sains boleh dapat 2A. Tapi malangnya tiada A yang diperolehi. Adakah saya yang kurang memberi perhatian? Hampir semua keputusan UPSR khususnya di Pitas merosot. Apakah faktornya? Keputusan telah keluar dan keputusan ini tidak boleh diulang....saya akan cuba pada tahun depan....mesti perolehi seberapa banyak A dalam subjek Sains ni.
Negeri Terengganu terus cemerlang apabila muncul negeri terbaik yang mencatat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) buat tahun kesembilan berturut-turut [ link ]
Kekurangan dalam diri mereka tidak menjadi penghalang untuk mereka meraih keputusan cemerlang dalam UPSR. Berjaya atau gagal tertakluk pada usaha kita sendiri. Dorongan dan motivasi juga perlu pada seorang dalam apa jua bidang yang diceburi. Selengkapnya......
KUALITI GURU DIUTAMAKAN, INFRASTUKTUR SEKOLAH DIJIMATKAN
Posted By : Mis1
Salam 1Malaysia....
Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu projek pembinaan infrastruktur pendidikan termasuk sekolah pada masa depan dilaksanakan dengan perbelanjaan sederhana supaya lebih banyak peruntukan dapat disalurkan untuk meningkatkan kualiti guru
‘‘Bagi menjayakan segala dasar dan pelan pendidikan yang dirancang, seluruh warga kementerian perlu mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi dan memperkukuhkan semangat kerja berpasukan,’’ ujarnya. [ link ]
APAKAH KANDUNGAN BAJET 2010 ?
Posted By : Missone
[28 Oktober 2009]
3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.
6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.
7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.
8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).
9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.
13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.
14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.
15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.
16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.
17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.
18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.
19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.
20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.
21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.
22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.
23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.
25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.
26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.
27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.
28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.
29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.
30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah,
PPSMI: PAGE mahu SK diberi pilihan.
Posted By : Missone
[25 Oktober 2009]
PPSMI (Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) akan mansuh pada tahun 2012. Ini adalah keputusan pihak teratas Kementerian Pelajaran Malaysia. Tapi baru2 ni sekolah-sekolah yang terdapat di Selangor n sekitar Kuala Lumpur mengkehendaki agar PPSMI ini diteruskan di sekitar mereka.Mengikut pengerusi
Selengkapnya......
Guru Bahasa Inggeris Dan BISP subjek BM
Posted By : Admin
28 September 2009
Ekoran daripada pemansuhan PPSMI pada tahun 2012, golongan guru pula menuntut BISP subjek Bahasa Malaysia. Cadangan itu dibuat dengan alasan bahawa dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI), peranan penting guru mata pelajaran bahasa Malaysia tidak boleh dipinggirkan apatah lagi mereka mengajar bahasa yang merupakan bahasa rasmi negara ini. Pada masa ini pembayaran BISP hanya dibayar bagi subjek matematik dan sains sehingga hujung tahun 2011 yang melibatkan ratusan juta ringgit.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ketika ditanya berhubung perkara tersebut berjanji untuk menimbang dan mengadakan perbincangan mengenai perkara tersebut. "Kita juga perlu memikirkan kewajarannya dan nanti ada pula guru-guru mata pelajaran lain yang turut menuntut perkara yang sama" katanya dalam Perhimpunan Warga Pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Beliau menambah, kementerian mempunyai tempoh dua tahun lagi yang membolehkan pelbagai cadangan dikaji untuk manfaat warga pendidikan semua.
Turut dibincangkan juga dalam perhimpunan itu ialah berkaitan dengan Guru Bahasa Inggeris.Seorang Guru Besar dari Selangor mencadangkan kepada pihak Kementerian agar mengambil guru Bahasa Inggeris dari kawasan luar bandar yang berkelayakan. Mengikut beliau, hanya guru luar bandar sahaja yang boleh membantu pelajar luar bandar kerana guru ini memahami dan menerima keadaan persekitaran itu. Ketua Pengarah mengatakan semua cadangan dan pandangan yang dikemukakan oleh golongan pendidik akan diberi pertimbangan serius.
Kita sebagai warga pendidik hanya akur dengan keputusan pihak atasan. Kita hanya pelaksana dasar yang telah diputuskan. Secara peribadi saya amat menyokong pihak kementerian mengambil guru-guru luar bandar/pedalaman yang mempunyai kelayakan bukan sahaja untuk subjek BI tapi merangkumi semua subjek.
GANJARAN KHAS WARGA PENDIDIK
Posted by : Admin
27 September 2009
Wajarkah Ganjaran Khas Pendidik ini?...
WAJARRRR dan AMAT PATUT diberikan kepada warga pendidik yang benar-benar komited dalam menjalankan amanah KPM.Bersesuaian dengan slogan warga pendidik, "Guru Pembina Negara Bangsa" Pemberian ganjaran ini tertakluk kepada status sesebuah sekolah iaitu sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Bentuk penilaian bergantung pada kemudahan infrastruktur sesebuah sekolah, bukan sistem penilaian sama rata semua sekolah di Malaysia. Ganjaran Khas Pendidik ini telah dibincangkan dan akan diumumkan menjelang oktober ini. Berikut adalah sumber dari akhbar Utusan:
Disunting dari ARKIB : 19/09/2009
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my
PORT DICKSON 18 Sept. - Kerajaan akan mengumumkan satu bentuk ganjaran khas kepada seluruh warga pendidik berdasarkan prestasi mereka menjelang Oktober ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, ia selari dengan hasrat kerajaan mempertingkatkan akses pengajaran dan pendidikan berkualiti di negara ini.
"Ia masih pada peringkat penelitian yang kini sudah hampir 90 peratus selesai dibincangkan di bawah perincian Bidang Keberhasilan Utama Negara ketiga (NKRA-3)".
"Saya yakin ia akan diumumkan sendiri oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan depan," kata beliau.
Mohd. Puad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program perjumpaan khas bersama warga pendidik daerah Port Dickson di sini malam tadi.Beliau memberitahu, ganjaran itu akan diberikan kepada sekolah, pengetua dan guru di seluruh negara yang mempamerkan prestasi cemerlang.
"Mana-mana sekolah, guru besar, pengetua dan guru yang menunjukkan prestasi cemerlang, layak untuk diberikan ganjaran berkenaan".
"Inisiatif ini adalah untuk memberikan ganjaran kepada warga pendidik yang komited dalam membantu kerajaan bagi membentuk sekolah berprestasi tinggi menjelang 2012," katanya.
Menurutnya, dengan ganjaran itu, warga pendidik tidak lagi perlu memikirkan atau menunggu pemberian bonus serta kenaikan pangkat.Dalam perkembangan lain, Mohd. Puad memberitahu, kementerian itu akan mewujudkan sebuah unit khas dalam memperincikan soal pembangunan pendididkan luar bandar.
"Menerusi unit ini, kita yakin ia mampu merapatkan jurang pendidikan antara sekolah di bandar dan luar bandar".
"Unit ini juga akan berfungsi mempertingkatkan bukan sahaja keadaan fizikal sekolah di luar bandar dari segi infrastruktur dan kemudahan malah termasuk soal pemantapan pengisian pendidikan di kawasan terlibat," jelas Mohd. Puad.
Berita Utusan.
MENGAWAS UPSR 2009
Posted By : Admin
Date : 12 Sept 2009
Pada tarikh 08.09.2009 adalah bermulanya peperiksaan UPSR 2009. Sebelum berlangsungnya hari peperiksaan, Saya dan Cikgu Johnny Liau Kim Lee dari SK Dandun telah melawat lokasi peperiksaan iaitu di SK Dallas, terletak di Kg. Taradas Pitas. Sehala dengan jalan SK Pantai.
Ini adalah gambar semasa melawat lokasi pada tarikh 03.09.2009 (Khamis).
Sebelum peperiksaan dijalankan, murid wajib memastikan keadaan pembungkus kertas soalan berada dalam keadaan yang baik, tiaa tanda-tanda kebocoran soalan berlaku. Pemeriksaan pembungkusan kertas soalan ini dilakukan di hadapan rakan2 si pemeriksa tadi. Bila sah tiada sebarang kesan pencerobohan berlaku, barulah pembungkus plastik yang pertama digunting dansekali lagi pembungkus krtas soalan kedua diperiksa kemudian digunting dan bolehlah dikeluarkan kertas soalannya. Dengan ini maka Tanggungjawab Ketua Pengawas dan Pengawas akan melindungi kertas soalan ini telah terlaksana dengan amat baik.

Seorang pelajar memeriksa pembungkus kertas soalan dengan teliti.

Foto kiri : Pelajar telah menggunting pembungkus kertas soalan yang pertama kemudian
Foto kanan : Pelajar telah menggunting pembungkus kertas soalan yang kedua

Ini pula adalah bilik Ketua Pengawas dan Pengawas. Susun atur bahan perlu disediakan agar mudah melakukan kerja penyediaan bahan dan pembungkusan skrip jawapan.
Hari terakhir UPSR (10.09.2009) sebelum kertas Ujian Aptitud, sempat lagi kami berehat2 kerana masa rehat yang lama. Kami berehat di TAman Sains SK Dallas yang sedang dalam pembangunan.Terdapat beberapa pokok yang besar2 dan antaranya pokok yang ada ialah pokok tongkat Ali, pokok Kalimpapa (Pogel)dan pokok2 yang tidak kami kenali.Kami berbual mesra dengan murid2 SK Dallas.Berikut adalah beberapa foto yang sempat ditangkap......



SEMANGAT GUNUNG EVEREST DI KENINGAU
Pos By : Miswan Y
Date : 28 Ogos 2009
CITA-CITA KE MERCU JAYA - BERPANTANG UNDUR SEBELUM MENYERAH - USAHA TANGGA KEJAYAAN
Kata pepatah melayu ada mengatakan "Carilah Ilmu sehingga ke Negeri China"

Berakit-rakit kehulu, berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Inilah situasi kami demi untuk masa depan yang lebih cerah. Perjuangan untuk meneruskan pelajaran hingga ke mercu jaya harus diteruskan. Kami terpaksa menyewa hotel akibat bilik asrama IPGM Keningau dah penuh.Dalam sebilik ni kami seramai 5 orang. Kongsi2 bayar sewa bilik.Dikesempatan ini kami berpeluang berbincang tentang apa yang dipelajari. Konon-konon Study Group.

Aina...walaupun keadaan sempit dalam bilik belajar tetap belajar. Ambik peluang kerana sepanjang 4 hari kami di sini, kami menghadapi peperiksaan tupe VI. Kami yang saya maksudkan itu ialah Tuan Lamri dan Tuan Johnny (SMP BM), Tuan Abd Lait(SMP Pra-Sekolah) , Tuan Abd Rahman dan saya sendiri (SMP Sains).Semoga kami berlima dapat menamatkan pengajian ini. Dan Kami juga bercita-cita non stop belajar. Selepas ini, sambung pula ke ijazah kedua (Master). Amin
















