SPONSOR

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
KALAU BUKAN DI SINI, DI MANA LAGI, KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?

SEMANGAT GUNUNG EVEREST DI KENINGAU

Pos By : Miswan Y
Date : 28 Ogos 2009


CITA-CITA KE MERCU JAYA - BERPANTANG UNDUR SEBELUM MENYERAH - USAHA TANGGA KEJAYAAN
Kata pepatah melayu ada mengatakan "Carilah Ilmu sehingga ke Negeri China"



Berakit-rakit kehulu, berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Inilah situasi kami demi untuk masa depan yang lebih cerah. Perjuangan untuk meneruskan pelajaran hingga ke mercu jaya harus diteruskan. Kami terpaksa menyewa hotel akibat bilik asrama IPGM Keningau dah penuh.Dalam sebilik ni kami seramai 5 orang. Kongsi2 bayar sewa bilik.Dikesempatan ini kami berpeluang berbincang tentang apa yang dipelajari. Konon-konon Study Group.



Aina...walaupun keadaan sempit dalam bilik belajar tetap belajar. Ambik peluang kerana sepanjang 4 hari kami di sini, kami menghadapi peperiksaan tupe VI. Kami yang saya maksudkan itu ialah Tuan Lamri dan Tuan Johnny (SMP BM), Tuan Abd Lait(SMP Pra-Sekolah) , Tuan Abd Rahman dan saya sendiri (SMP Sains).Semoga kami berlima dapat menamatkan pengajian ini. Dan Kami juga bercita-cita non stop belajar. Selepas ini, sambung pula ke ijazah kedua (Master). Amin

Selengkapnya......

BOLA SEPAK : PEMUDA N3 PITAS vs PEMUDA N5 TANDEK (PBS)

Post By : Maxx
Date : 19 Ogos 2009



Gerakan Pemuda PBS N3 Pitas telah diundang untuk mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak oleh Gerakan Pemuda PBS N5 Tandek yang diterajui oleh En Charistoper Mandut. Pitas menyambut baik undangan ini disamping mengeratkan lagi silaturahim antara kedua-dua daerah demi perpaduan yang lebih jitu. Diakhir perlawanan persahabatan ini, Pitas telah memenanginya dengan jaringan 2 berbalas 0.



Selepas tamatnya perlawanan persahabatan ini, Gerakan Pemuda PBS N5 telah mempelawa rakan2 Pemuda Pitas untuk menjamu selera dengan hidangan Nasi Ayam. Dalam majlis jamuan ini, turut hadir ialah YB Anita Beranting dengan rombongan keras YB termasuk Pn Nong, yang duduk di sebelah YB (gambar) salah seorang rakan KUSnet. Kelihatan juga En. Christoper Mandut (Ketua Pemuda N5) dan En Justin Akun (Ketua Pemuda N3). YB Anita mengatakan dalam ucapan beliau bahawa kerjasama seperti ini haruslah diteruskan demi perpaduan dan kekukuhan parti khususnya dan Barisan Nasional amnya.



Perlawanan Bola sepak ini hanya satu simbolik sahaja. Sebenarnya objektif perlawanan ini adalah suatu kerjasama yang padu harus ditunjukkan oleh setiap ahli dalam suatu organisasi. Seperti bermain bola, jika hanya seorang penyerang tidak akan membuahkan hasil yang baik. Untuk melihat hasil yang berkualiti harus ada koperatif dan kolaboratif dikalangan ahli.


Gambar ini juga adalah diantara AJK tertinggi Pemuda N3.Berbaju merah gambar kanan itu ialah En Steven @ Awit selaku Naib Ketua Pemuda N5 yang bersebelahan dengan Bendahari Pemuda En Liu.

Salam Perpaduan Dan Salam 1 Malaysia

Selengkapnya......

Nazrey ( Raihan) di Gerai KUSnet

Post By : Miswan Y


Ustaz Nazrey, mantan penyanyi utama Kumpulan Raihan,berada di gerai KUSnet.Ustaz Nazrey ditemuramah oleh DJ rumputt dan DJ PP tentang kedudukan dan karya beliau ketika ini.




Saya berbual mesra dengan Ustaz Nazrey sambil saya mendaftar masuk sebagai ahli dalam kelab beliau. Dalam gambar tu, saya sedang key in data peribadi


Gambar ni pula kelihatan kelihatan Tuan Sanguru, penasihat KUSnet merangkap Pengerusi Gabungan NGO Sabah (baju hitam, Wady n Wadie (baju belang) dan ustaz WAn (berkopiah) yang turut hadir dalam majlis ringkas tetapi cukup bermakna ini.

Syabas dan tahniah Utara FM Dan KUSnet

Selengkapnya......

Bengkel Data Operasi Sekolah (DOSAR)

Pada 03 Ogos 2009- Isnin

Guru Data semua sekolah rendah dan menengah telah berkumpul untuk taklimat data operasi sekolah (DOSAR) bertempat di Bilik Gerakan PPD Pitas.



Bengkel ini di ketuai oleh Tuan Henson M, Penyelia baru di PPD Pitas.



Gambar ini adalah antara Guru Data Sekolah2 lain.

Selengkapnya......

SPELLING BEE COMPETITION


24 Jun 2009 bersamaan hari Rabu

Saya dan Cg .Noor Ashikin telah mengiringi seorang murid SKESDA untuk menyertai Spelling Bee Competition peringkat daerah Pitas yang diadakan di SK Pinggan-Pinggan Pitas.


Terdapat 14 buah sekolah termasuk SKESDA menyertai pertandingan ini. Peserta SKESDA dapat memasuki peringkat akhir dan hanya mendapat tempat yang ke 4 sahaja. Syukurlah, ada peningkatan ekoran daripada penyertaan SKESDA dalam Choral
Speaking....hehehe...



TAHNIAH kepada adik Mazalan dan Tahniah kepada Cg. Noor Ashikin sebagai pembimbing

Selengkapnya......

CHORAL SPEAKING PERINGKAT DAERAH PITAS

Pada 19 Jun 2009, Jumaat

SKESDA (SK Salimpodon Darat) telah menyertai program Choral Speaking peringkat Daerah Pitas yang diadakan di SK Rosob. Guru Besar sendiri mengiringi murid kami seramai 30 orang yang terdiri daripada murid tahun4, 5 dan 6. Guru yang terlibat ialah cikgu Noor Ashikin Omar selaku jurulatih, Cikgu Asmat Demsi, Cikgu Jaliun Maun dan Cikgu Miswan Yahya.

9 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini yg terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

7 buah sekolah rendah yang bertanding iaitu SKESDA, SK. Kasagaan, SK Pinggan2, SK Rosob, SK Pekan Pitas ll, SK Kusilad dan SK Bongkol.Keputusan pertandingan :
Tempat ketiga : SK Pinggan-Pinggan
Naib Johan : SK Pekan Pitas ll
Johan : SK Rosob

SKESDA hanya berada di tempat yang ke 6 sahaja.......hehehe...kurang latihan dan penghayatan murid kot faktor mendapat no 6. Kalau cukup latihan....pasti menyaingi tempat pertama.....nasib baik bukan tempat terakhir.....


2 buah sekolah menengah yang turut bertanding iaitu SMK Pitas dan SMK Telaga sahaja. kategori sekolah menengah pula, tempat kedua ialah SMK Pitas dan Johan ialah SMK Telaga...... Baik buat SMK Salimpodon Darat, dapat ga tempat ke 3

Selengkapnya......

MINGGU PEMBESTARIAN SEKOLAH



Pada 15 Jun 2009 - 19 Jun 2009

Program yang dijalankan ada 3 iaitu:-

Pertama, memperkenalkan singkatan bagi Sek. Keb. Salimpodon Darat dengan menggunakan perkataan SKESDA. Tidak payah lagi menyebut nama sekolah yang panjang 3 batu tu.





Sebahagian GGuru yang sibuk membuat gmail

Kedua, Semua staff SKESDA adalah diwajibkan memiliki email berplatformkan gmail.com ( Google Mail). Tujuannya adalah membudayakan guru dengan ICT. Sebarang maklumat yang di perlukan dihantar melalui email. Contohnya penghantaran keputusan peperiksaan, senarai nama murid dan sebagainya



Ketiga, Kebersihan Sekolah dalam konsep pembestarian sekolah. Bermula minggu ni hingga bila-bila, semua staff dan murid SKESDA wajib membawa bakul sampah masing-masing dari rumah. Sebarang sampah yang dihasilkan seperti pembungkus makanan, plastik keropok dan apa jua berbentuk sampah akan dibuang ke dalam bakul sampah masing masing kemudian di bawa pulang dan dibuang tempat pembuangan sampah di rumah. Semua warga SKESDA wajib mematuhi sistem ini.

Selengkapnya......

Menghadiri Majlis Keamatan Open House Felix Agus (AF3)



Pada tarikh 13 Jun 2009

Bersamaan dengan hari sabtu, Saya dan beberapa rakan POnet telah sama2 memeriahkan majlis rumah terbuka Felix Agus (AF3) sempena Pesta Keamatan.Kami berkonvoi pergi ke Kota Belud. Walaupun hanya tiga buah kereta sahaja tapi perjalanan kami begitu seronok.

Rakan2 POnet Fm Komuniti Utara yang turut serta ialah Dj rumputt, Dj siputt, Dj kupang, sumotire, baby, Kyrole, kak Ara dan tempurung. Sumotire adalah ketua konvoi ini

Saya seronok berbual dengan saudara Felix. Beliau rupanya begitu mesra berhadapan dengan peminat. Memang macam tu lah seorang artis kan.......... Sempat lagi saya memperkenalkan dan menerangkan tentang POnet (Pitas Online net) Komuniti Utara

Gambar kat tengah yang manis tu adalah Cik Ridah, salah saorang penyanyi tempatan Sabah, bertaburan sudah album nya...nak tau mcmana power suaranya.....belilan album original nya.......... Cik Ridah ni pun ahli POnet juga, beliau menggunakan nickname lain la.....

Selengkapnya......

GOTONG - ROYONG

  • 29 Mei 2009 , bersamaan hari Jumaat
SK Salimpodon Darat Pitas telah mengadakan Hari bergotong royong bersama guru dan murid sekolah untuk menanam rumput di padang sekolah yang botak. Gotong royong ini di ketuai sendiri oleh Guru Besar SK Salimpodon Darat iaitu En. Kinchin Boluot.
Cikgu Miswan, cikgu Joss bersama murid ditengah padang yang panas terik

korek...korek...korek....Cikgu Kerudin bersungguh-sungguh mengorek tanah untuk menanam rumput. Beliau ni adalah penjaga gol utama team SKSDP




Ape kureng nye cikgu Jaliun ni. Semangatnya amat berkobar2. Ape taknye..beliau ni adalah pemain tengah team SKSDP.
Padang sekolah terpaksa di kuarantin kan agar pertumbuhan rumput-rumput ini tidak terganggu. Oleh itu, Guru Besar telah mengarahkan padang ini ditutup sepanjang cuti sekolah ni atau sehingga boleh digunakan semula. Beliau berharap agar para belia kg. Salimpodon dan belia kampung sekitarnya memahami situasi ini demi untuk keselesaan bermain dimasa yang akan datang.

..............SELAMAT BERCUTI.............Unduk Tadau Keamatan.........


Selengkapnya......

Kursus Bestari Kohort 1, 2009


KDP Bestari 4 minggu ini telah dianjurkan oleh BPG yang kelolakan oleh IPGM Kampus Kent, Tuaran pada 20 April 2009 hingga 15 Mei 2009 di IPGM sendiri.Seterusnya program ini berterusan selama 4 minggu di sekolah masing-masing.


Lawatan
Lawatan ke SM Sains Kota Kinabalu

Lawatan ke Wildlife Lok Kawi

Selengkapnya......
Related Posts with Thumbnails

1318