SPONSOR

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH

KE ARAH PEMBESTARIAN SEKOLAH
KALAU BUKAN DI SINI, DI MANA LAGI, KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?

TIPS KEJAYAAN 1

 indo




IF'S YOUR ATTITUDE  NOT YOUR APTITUDE, THAT DETERMINE YOUR ALTITUDE

" Sikap ( attitude ) anda, bukan bakat atau kebolehan ( aptitude ) anda yang menentukan ketinggian atau setinggi mana anda boleh berjaya"


Sikap terbahagi kepada dua kategori utama iaitu sikap negatif dan sikap positif.

Bagi mereka yang bersikap negatif, apa jua bakat dan kebolehan yang terdapat dalam diri sendiri tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana jika diajak untuk melakukan sesuatu kerja besar, hanya cenderung untuk melihat masalah-masalah yang bakal dihadapi. Justeru itu, tenaga tidak dapat dicurahkan sepenuhnya.

Bagi yang bersikap positif pula, setiap kekurangan yang ada, dapat ditampung dengan bersikap "tidak mengaku kalah" yang ada pada mereka. Mereka juga berikhtiar dan mencari jalan begi memastikan cita-cita itu tercapai.

Jadi, faktor yang menentukan KEJAYAAN kita sebenarnya bukan bakat semulajadi yang ada pada kita teta[i SIKAP KITA.

Selengkapnya......

SELAMAT HARI BAPA

        Salam 1Malaysia kepada semua rakan-rakan blogger. DiUcapkan Selamat Menyambut Hari Bapa Sedunia. Buat yang luar biasa kepada keluarga pimpinan kita. Beri perhatian kepada anak-anak yang amat memerlukan bimbingan dan ilmu pengetahuan yang yang ada.Jangan Lupa Pada Isteri Yang Tersayang, Tumpahkan Kasih Sayang semaksimumnya.........

Selengkapnya......

ADAKAH INI PENEMPATAN MANGSA BANJIR?

Sekali lihat macam peminta sedekah, dua kali lihat macam penempatan mangsa banjir, tiga kali lihat macam penginapan peserta sukan. apa pula yang rakan2 blogger boleh tafsirkan suasana ini?

Di kiri tu Mr Lam, tengah Mr Jo dan kanan Mr Mis

Apa pandangan anda?

Saya akan sambung cerita bersiri ni......

Selengkapnya......

MASALAH POST ENTRI... hua...hua...20x

Salam 1 Malaysia dan salam Nuffy kepada rakan blogger. Buat masa ini saya menghadapi masalah dalam menjelajah alam maya ini. Trafik pun da semakin menurun.......aduhhhh.
Apakah masalahnya? Begini ceritanya.........

Selama ini saya dan rakan sekerja menjelajah dunia maya ini menggunakan " School Net" punya internet. Kami disekolah telah berkongsi2 membeli connection wireless, so senang online dari rumah guru ni. Entah macam mana, sejak dunia ini bertukar tahun ( 2009 to 2010 ) pelbagai kemudahan yang ada ini telah disekat. Kekadang tu dapat ga buka tetapi kena bersabar kerana terpaksa refresh sehingga 15 to 20 kali........seksakan. Entri yang saya post ni pun lama baru ok.

Yang lebih teruk tu, portal sekolah kami pun payah nak buka. Kalau dapatpun lamannya berubah. Apatah lagi jika pos entri. Banyak functionnya yang yang keluar 'BLOCKED WEBSENSE '. Ruangan ShoutMix tidak kelihatan. Yang terpampang keluar ialah logo KPM. Begini pula jika guna school net punya line.

Broadband? aduh..ni lagi yang teruk...line telepon kat sini pun payah mau dapat. Bar line tel hanya 2 bar, itupun paling bagus dah tapi 'jarang-jarang' dapat. Hanya guna sms je boleh. Jika bercakap ga, alamatnya bikin sakit jiwa. Apa taknya, suara terputus-putus. Tapi kami disini belum ada jugalah yang benar2 sakit jiwa....eeeee

Apa-apa pun kami berharap masalah ini tidaklah berpanjangan..... MUDAH_MUDAHAN la. Rasa boring pula tak menginternet ni.Macam ada kekurangan dalam hidup ni.

Kepada rakan nuff yang sering membantu saya, saya ucapkan jutaan terima kasih. Klik rakan semua saya akan jejak jika dapat online dan ruangan shout Mix saya tiada logo KPM....heheheee

Selengkapnya......

SELAMAT MENYAMBUT 2010. TAHUN BARU, AZAM BARU.


Selengkapnya......

AWARDS



 
 Salam semua.....Sejarah pertama dalam dunia blog saya. Saya telah mendapat Awards daripada rakan dari jiran tetangga kita iaitu blogger dari Indonesia. Member yang beri awards ini ialah Saudara Affan Hairil.  Awards pertama ialah BLOGGER AWARDS COMMUNITY dan awards yang kedua ialah              THE SHINY INSPIRING BLOG
Terima kasih "CelanaSayaLonggar".......

Selengkapnya......

KHAS UNTUK SEMUA SAHABAT BLOGGER DAN NUFF

Posted : Mis1


Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua member nuff dan blogger samada di Malaysia, Indonesia, Filipina dan seluruh Dunia..........

Terima Kasih atas klik anda semua
semoga semua member sukses hendak-Nya

Selengkapnya......

MENGENAI UPSR 2009

Posted : MissOne
Keputusan UPSR telah dikeluarkan pada minggu lalu (Khamis). Sekolah saya yang kini diberi nama singkatan SKESDA hanya mampu mencapai keputusan tertingginya 4A 1B oleh murid kami, adik Madzalan Masingka. B yang diperolehinya adalah subjek sains. Subjek Sains adalah  subjek yang saya ajar. Saya rasa keciwa dengan keputusan ini kerana target saya, sains boleh dapat 2A. Tapi malangnya tiada A yang diperolehi. Adakah saya yang kurang memberi perhatian? Hampir semua keputusan UPSR khususnya di Pitas merosot. Apakah faktornya? Keputusan telah keluar dan keputusan ini tidak boleh diulang....saya akan cuba pada tahun depan....mesti perolehi seberapa banyak A dalam subjek Sains ni.


Murid yang tuna mata(buta) dan albino, murid pendidikan khas, Nur Aztul Khazizi  pula mendapat 5A (gambar atas)[link] , dan seorang murid cacat akibat menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta sejenis penyakit kerapuhan tulang juga mendapat 5A iaitu adik Siti Norfarah Azman, 12, dari Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II (SKTMII). [link]
Negeri Terengganu terus cemerlang apabila muncul negeri terbaik yang mencatat keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) buat tahun kesembilan berturut-turut [ link ]
Kekurangan dalam diri mereka tidak menjadi penghalang untuk mereka meraih keputusan cemerlang dalam UPSR. Berjaya atau gagal tertakluk pada usaha kita sendiri. Dorongan dan motivasi juga perlu pada seorang dalam apa jua bidang yang diceburi.

Selengkapnya......

KUALITI GURU DIUTAMAKAN, INFRASTUKTUR SEKOLAH DIJIMATKAN

 Posted By : Mis1

                             Salam 1Malaysia....
Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu projek pembinaan infrastruktur pendidikan termasuk sekolah pada masa depan dilaksanakan dengan perbelanjaan sederhana supaya lebih banyak peruntukan dapat disalurkan untuk meningkatkan kualiti guru

‘‘Bagi menjayakan segala dasar dan pelan pendidikan yang dirancang, seluruh warga kementerian perlu mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi dan memperkukuhkan semangat kerja berpasukan,’’ ujarnya.        [ link ]

Selengkapnya......

APAKAH KANDUNGAN BAJET 2010 ?

Posted By : Missone
[28 Oktober 2009]






1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.
4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.


27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah,

Selengkapnya......
Related Posts with Thumbnails

1318